Sunday, June 30, 2013

Resipi Biskut Coklat Cip

nyum3....bagi yang gemarkan biskut coklat cip ni, boleh la cuba buat sebagai hidangan di hari raya nanti :D

BAHAN-BAHAN :

Bahan A:

125 gm mentega
100 gm gula kastor

Bahan B:
1 sudu teh perisa coklat
60 gm ais

Bahan C:
(ayak)
100 gm tepung gandum
80 gm tepung serbuk penaik (raising flour)
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh baking powder
1/8 sudu teh emplex

Bahan D :  

80 gm cornflakes (dikisar halus)
30 gm coklat urai

cara - caranya:

1. putar bahan A di dalam mangkuk adunan sehingga sedikit kembang.
2. masukkan bahan B, C, dan D. Kacau perlahan-lahan sehingga menjadi adunan biskut yang sebati.
3. selepas itu, ambil sesudu teh adunan td. (sapu sedikit marjerin pada dulang pembakar supaya biskut xmelekat.sikit sje tau). bulatkan dan letak atas dulang pembakar  dan tekan sedikit dengan garfu.ulang langkah sehingga habis semua adunan.
4. bakar didalam ketuhar yang sudah dipanaskan dahulu pada suhu 160°C selama 15 -20 minit atau sehingga masak.


SELAMAT MENCUBA! :D
Read More
cikgusuraya. Powered by Blogger.

© Blog Puan Yaya, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena